Showing posts with label others. Show all posts
Showing posts with label others. Show all posts

Thursday, November 12, 2009

Rindunye...



Hai..hai..issh...dah bersawang blog vee ni nmpknya..mana taknye, diam x diam rupanya almost 2 mnth vee dah x update blog. I am sincerely sorry 4 not replying all msgs in my box...How do i tell u??? May be..i just need some break...
But now, I'm back!! kembali utk memeriahkan lg dunia blogging nih!! yeah!!!
TUNGGU.................



Thursday, July 16, 2009

Banjir oh banjir...


Tadi vee tengok2 gambar2 lama dalam lappy ni tebukak plak folder gambar banjir..huhu...sedihnya klu ingat...rumah kami kena banjir 2 tahun yang lepas..U all mesti ade tengok news masa tu Kota Tinggi dilanda banjir besar pada Disember 2007 n early January 2008...2 kali tau umah ktorg kena banjir..2 kali dalam masa 2 minggu...waaa..abis barang-barang ktorg..byk yang x dapat diselamatkan..coz pada awalnya ktorg ingat banjir tu x sampai ke taman ktorg,so xdela sibuk2 nak selamatkan barang2 dulu..mlm tu ktorg pun x sedar air naik terlalu cepat. pukul 3 pagi,polis datang dari rumah ke rumah..they asked us to moved out as soon as possible..ktorg x sempat prepared apa2..bawak brg2 yang penting je..yang lain2 berserah pada Allah..maklumla before ni x pernah plak Kota Tinggi dilanda banjir sebesar ini..Banjir kali ni yang paling teruk sekali dalam sejarah Kota Tinggi...
Tengokla gambar2 umah vee masa kena banjir dulu...sedih taw...



Bandar Kota Tinggi..

Mcm lautan..sunyi sepi..
Bumbung je yang nampak....

bot atas jalanraya...

Taman umah kami...

First day banjir...My nephew n BIL amik brg2 yg boleh diselamatkan..

Abis sofa aku...


semuanya hanyut..

Wajah-wajah mangsa banjir..

tengok tu...

mangsa banjir...

mangsa seterusnya...

kereta puteri x sempat nak selamatkan...

banjir dah surut...bergambar kenangan depan umah...









Friday, March 13, 2009

Bahagia berpanjangan..





Kehidupan suami isteri tidak pernah habis untuk diperkatakan baik dari segi apa pun. Dalam hidup berkeluarga, tentunya hanya satu yang dicari, cara terbaik menjadi pasangan yang bahagia, saling mencintai hingga ke akhir hayat . Pernikahan akan tetap harmoni dan bertahan apabila kita menyesuaikan pelbagai perbezaan yang ada di antara kedua pasangan....

Seorang yang bernama isteri pasti ingin selalu disayangi dan dicintai oleh suaminya sehingga ke akhir hayat. Cinta, kasih sayang dan perhatian adalah kunci utama dalam menjalani suatu hubungan, apatah lagi hubungan rumah tangga. kemesraan dalam rumahtangga sangat penting. Namun kadangkala kesibukan menghalang masa untuk kita melewati hari-hari bersama...


IMPIAN SEORANG MITHALI

Dia cuma wanita biasa
Dari pandangan matamu
Tapi kau tak pernah melihat
Jiwanya selalu berkorban
Karenahmu dia terima
Garangmu dia sabar
Taatnya tahu membuta
Tapi dia reda jodoh
Katanya dia telah bina istana
Dia telah miliki masjid
Yang diimpi sejak mengenalimu..

Dia adalah seorang isteri
Dia perlu kasih sayang
Dia mahu belaian
Dia mahu bahagia
Dari suaminya...